FAQ Kad KO-OP

KAD KO-OP – kad pelbagai guna dengan kebaikan berganda

Program Kad KO-OP adalah inisiatif penting kepada Bank Rakyat. Ia diwujudkan bagi meningkatkan dan meluaskan pembabitan koperasi dalam kegiatan ekonomi terutama dengan menghubungkan koperasi kepada potensi pasaran berjumlah lebih 6.5 juta ahli koperasi di seluruh negara.

Program Kad KO-OP adalah usaha sama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk menawarkan Kad pelbagai guna koperasi (Kad KO-OP) kepada lebih 6.5 juta ahli-ahli koperasi di Malaysia.
Dikeluarkan oleh Bank Rakyat, Kad KO-OP adalah Kad pintar ATM berasaskan cip yang menggabungkan fungsi ATM, MEPS e-Debit, Diskaun dan program kesetiaan "Loyalty" dalam satu kad.
CIRI-CIRI KETERANGAN
ATM
  1. Pemegang kad boleh melakukan transaksi kewangan di mesin ATM dan CDM seperti:
    1. Pengeluaran/Deposit tunai,
    2. Pindahan dana/Pembayaran bil,
    3. Perkhidmatan Tabung Haji
    4. Pendaftaran i-Rakyat dan
    5. lain-lain transaksi yang dibenarkan (cth: penukaran had pengeluaran).
MEPS e-Debit
  1. Pemegang kad boleh membuat pembayaran di merchant rangkaian MEPS e-Debit.
Diskaun
  1. Pemegang kad layak menerima diskaun daripada merchant yang menjadi Rakan Panel Bank.
  2. Pemegang kad harus menunjukkan Kad KO-OP sebelum membuat pembelian untuk menerima diskaun yang ditawarkan. Diskaun hanya diberikan semasa pembelian.
Program Kesetiaan (Loyalty)
  1. Ahli-ahli koperasi juga bakal menerima mata ganjaran.
  1. Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.
  2. Terbuka kepada ahli-ahli koperasi yang berdaftar dan sah sahaja.
  3. Pemohon mesti mempunyai Akaun Simpanan Tawfir Bank Rakyat.
  4. Anggota Bank Rakyat layak memohon.
Pelanggan boleh memohon dan mendapatkan Kad KO-OP di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
Pelanggan HANYA dibenarkan memiliki sama ada Kad KO-OP ATAU Kad RAKYAT pada satu-satu masa. Pemegang Kad RAKYAT boleh mendapatkan Kad KO-OP dengan membuat pertukaran kepada Kad KO-OP di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
Perkara RM
Permohonan RM 8.00
Penggantian Kad (hilang / rosak) RM 8.00
Penukaran Kad. RM 8.00
Yuran Tahunan Tiada
Pemegang Kad KO-OP boleh mendapatkan maklumat mengenai promosi yang ditawarkan menerusi:-
  1. "Merchant" Kad KO-OP,
  2. Cawangan-cawangan Bank Rakyat, dan
  3. Laman web Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my
Perkara Kad RAKYAT Kad KO-OP
Konsep 1. Day One Card
a. Pemohon akan memperoleh Kad ATM pada hari yang sama (T day). (T adalah hari permohonan.)
1. Bukan Day One Card
a. Pemohon akan memperolehi Kad KO-OP dalam tempoh T+ 5. (T adalah hari permohonan.)
Syarat-Syarat 1. Terbuka kepada semua pemegang Akaun Simpanan Tawfir Bank Rakyat. 1. Terbuka kepada :
a. Ahli-ahli koperasi yang berdaftar dan sah sahaja (termasuk ahli-ahli Bank Rakyat); dan
b. Pemegang Akaun Simpanan Tawfir Bank Rakyat.
Kemudahan 1. Transaksi kewangan di ATM/CDM Bank Rakyat dan rangkaian MEPS.
2. Perkhidmatan MEPS e-Debit.
1. Transaksi kewangan di ATM/CDM Bank Rakyat dan rangkaian MEPS.
2. Perkhidmatan MEPS e-Debit.
3. Menerima diskaun semasa pembelian daripada "merchant" Kad KO-OP.
4. Kad Kesetiaan (Loyalty).*
*Akan dilancarkan kemudian.

  1. "Merchant" akan dijemput untuk menyertai acara /"road show" yang berkaitan Kad KO-OP yang dianjurkan Bank Rakyat.
  2. "Merchant" akan menerima "Decal" berkaitan Kad KO-OP secara percuma sebagai pengiktirafan dan untuk tujuan pemasaran.
  3. Jenama, logo dan maklumat "merchant" akan digunakan di bahan-bahan promosi berkaitan Kad KO-OP.
  1. "Merchant" mesti menawarkan diskaun istimewa bagi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang Kad KO-OP.
  2. Logo dan jenama Kad KO-OP akan digunakan dalam aktiviti promosi, pengiklanan dan siaran media berkaitan "merchant" atau saluran yang dianggap sesuai oleh kedua-dua pihak.
  3. "Merchant" menjemput Bank untuk menyertai sebarang acara yang diatur oleh Koperasi atau yang dianggap sesuai kedua-dua pihak.
  4. "Merchant" menjemput Bank untuk menyertai "road shows" yang diatur oleh Koperasi atau yang dianggap sesuai oleh kedua-dua pihak.
  5. Koperasi akan kekal menjadi "merchant" selagi memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Bank Rakyat.
  1. Koperasi mestilah berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  2. Koperasi telah menjalankan perniagaan berkaitan sekurang-kurangnya 1 TAHUN.
  3. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan tidak bercanggah dengan hukum Syarak (Halal).
  4. Mampu menawarkan diskaun yang menarik kepada pemegang KAD KO-OP.
Pemberian diskaun adalah hak eksklusif "merchant". Pemberian diskaun boleh diberikan sama ada berdasarkan peratusan (%) daripada jumlah pembelian atau harga sesuatu barang.
  1. Borang Persetujuan ( telah ditandatangani dan dicop).
  2. Profil ringkas koperasi.
  3. Surat Pendaftaran Koperasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  4. Senarai Produk dan perkhidmatan yang diberikan diskaun.
Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj untuk koperasi yang mahu menjadi"merchant" Kad KO-OP.
Senarai diskaun akan dipaparkan di laman web Bank Rakyat (www.bankrakyat.com.my) atau di mana- mana media yang dirasakan sesuai oleh Bank. "Merchant' boleh memajukan senarai diskaun kepada : -

Pengurus Jabatan Khidmat Koperasi & Usahawan
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
Tingkat 10, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Peti Surat 11024,
50732 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-2612 9621
Faksimili : 03- 2612 9566
Koperasi yang berminat boleh menghantar permohonan anda kepada:-
Koperasi-koperasi di bawah
ANGKASA
Pengurus Bahagian IKS dan Asas Tani,
Bahagian IKS dan Asas Tani ANGKASA,
No. 110, Blok C, GLOMAC Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 03-7884 6600
Faksimili : 03-7803 2074
Lain-Lain Koperasi Pengurus Jabatan Khidmat Koperasi & Usahawan
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
Tingkat 10, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi,
Peti Surat 11024,
50732 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-2612 9621
Faksimili : 03- 2612 9566
Pelantikan sesebuah merchant tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian Kad KO-OP. Pelantikan "merchant" akan dibatalkan sekiranya syarat-syarat perjanjian Kad KO-OP gagal dipatuhi oleh "merchant".
Media sosial:     
Hakcipta 2015 Bank Rakyat. Pelayar yang disyorkan: Chrome 30+, Firefox 30+, Safari 7+, Internet Explorer 10+