English | Bahasa Malaysia Text to Voice Hubungi Kami | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
Hubungi kami
iRakyat
teleRakyat
Kelab Nuri Autopay Bank Rakyat E-Kerjaya
Carian

KONSEP PERBANKAN SYARIAH

Al-Wadiah (simpan dengan amanah / jaminan)
Al-Wadiah merujuk kepada perjanjian di mana pelanggan menyimpan wang di Bank dengan maksud supaya Bank bertanggungjawab menjaganya dengan selamat dan menjamin pengembalian wang tersebut apabila dituntut pada bila-bila masa.

Al-Mudharabah (perkongsian untung)
Al-Mudharabah merujuk kepada perjanjian di mana pelanggan menyerahkan modal kepada Bank dengan maksud supaya Bank melaburkan wang tersebut ke dalam perniagaan yang halal di sisi syarak dan pembahagian keuntungan akan dibahagikan kepada dua pihak tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui semasa akad.

Bai-Bithaman Ajil (jualan bayaran tertunda)
Bai-Bithaman Ajil merujuk kepada penjualan barang atas dasar bayaran tertunda pada harga yang mengambil kira margin untung yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Bai-Al Inah (tunai segera)
Bai-Al'Inah merujuk kepada konsep di mana Bank menjual harta kepunyaannya kepada pelanggan secara harga tangguh. Kemudian, Bank akan membeli semula harta berkenaan daripada pelanggan dengan harga tunai.

Al-Musyarakah (usaha sama)
Al-Musyarakah merujuk kepada perkongsian atau usaha sama menjalankan perniagaan tertentu dengan motif untung, yang mana pengagihan keuntungan / kerugian dibuat berasaskan jumlah modal yang disumbangkan.  

Qardhul Hassan (pinjaman ihsan)
Qardhul Hassan merujuk kepada pinjaman tanpa faedah. Peminjam hanya dikehendaki membayar jumlah pokok yang dipinjam, namun beliau boleh membayar jumlah tambahan mengikut budi bicara mutlak beliau sebagai tanda penghargaan.

Al-Ijarah Thumma Al-Bai' (sewa dan beli)

Merujuk kepada dua kontrak yang dipersetujui secara berasingan dan berturutan seperti berikut:
(i) Kontrak Al-Ijarah (sewa); dan

(ii) Kontrak Al-Bai' (beli). Di bawah kontrak pertama, pelanggan menyewa barang daripada Bank pada kadar sewaan yang dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Bila tempoh sewaan matang, pelanggan menandatangani kontrak kedua untuk membeli barang tersebut dari pemilik pada harga yang dipersetujui.

 

 

 Ibu Pejabat
Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Peti Surat 11024, 50732 Kuala Lumpur
Tel: 03-26129600, Faks: 03-26129655, tele-Rakyat: 1-300-88-1BANK (12265)
 RSS
 
Visitor Counter
5 5 5 7 7 1
Hakcipta Terpelihara 2010 © Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Terma & Syarat | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768