Produk Perniagaan

Skim Kerajaan / Skim Pembiayaan Ekonomi Desa-i (SPED)

Sebagai bank yang prihatin, Bank Rakyat juga menumpukan kepada keperluan pembiayaan enterpris kecil dan sederhana luarbandar. Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera melalui peruntukan dana oleh Kerajaan untuk meningkatkan tahap ekonomi pengusaha dengan membiayai kos permulaan perniagaan dan pengembangan perniagaan termasuk pembelian peralatan dan jentera, ubah suai premis dan bahan mentah.​

Qard merujuk kepada pinjaman tanpa faedah dan pelanggan hanya membayar jumlah prinsipal dan kos berkaitan lain yang ditentukan oleh Bank.

Kelayakan

  • Perniagaan 100% milik Bumiputera seperti enterpris, perkongsian, syarikat persendirian yang beroperasi di luar bandar.
  • Umur maksimum: Sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa pemohonan (pemilik tunggal)
  • Usahawan sepenuh masa (pemilik tunggal dan rakan kongsi).
  • Kelulusan perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Mempunyai lesen perniagaan yang sah.
  • Mempunyai premis.
  • Tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kerajaan.
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.

Konsep

  • Qard
      Akad Pinjaman tanpa riba yang mesti dilunaskan oleh Pelanggan. Di mana Pemilik Dana (KKLW) memberikan dana pinjaman tanpa caj lebihan kepada usahawan Bumiputera luar bandar melalui Bank Rakyat tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.

  • Wakalah Bil Ujrah
      Wakalah bermaksud pihak Pemilik Dana (KKLW) sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Bank Rakyat bagi menyalurkan pinjaman dan mengutip bayaran balik bagi pihak mereka. Sebagai imbalan terhadap perkhidmatan tersebut, Bank Rakyat akan dibayar ujrah/upah atau yuran perkhidmatan oleh pihak Pemilik Dana (KKLW) yang ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

Tujuan

Bagi membiayai kos pengembangan perniagaan termasuk pembelian peralatan dan mesin, ubah suai premis dan bahan mentah.

Margin

Minimum: RM 20,000

Maksimum: RM500,000

Tempoh Tangguhan

  • Kurang daripada RM250,000 Maksimum 5 tahun
  • Lebih daripada RM250,000 Maksimum 7 tahun

Tempoh Tangguhan

6 bulan

Jaminan

Penjamin tidak diperlukan

Yuran Perkhidmatan

5% atas baki bulanan

Ibra' 30% Geran Kerajaan

30% atas jumlah pembiayaan RM250,000 ke bawah

Caj


Caj Ganti Rugi (Ta'widh)
Ketika tempoh pinjaman 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.
Selepas tamat tempoh pinjaman Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat