Produk Perniagaan

Pembiayaan Perniagaan-i / Pembiayaan Berjangka-i

Pembiayaan Berjangka- i adalah pakej pembiayaan dengan kadar keuntungan tetap yang direka untuk syarikat dan badan koperasi. Ia berdasarkan prinsip Syariah Bai' Al-Inah (perjanjian beli dan jual semula), Al'-Istina (yang mana pembayaran dibuat berdasarkan peringkat dalam pengeluaran atau pengeluaran item yang ditetapkan dalam jualan) dan Al-Bai' Bithaman Ajil (yang mana Bank akan member pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki hartanah dengan membeli aset itu secara tunai dan menjual balik kepada pelanggan pada harga kos dan keuntungan).

Kelayakan : Semua entiti termasuk syarikat persendirian dan badan koperasi.

Konsep : Tawarruq

Tujuan : Modal kerja bagi pengembangan perniagaan membabitkan syarikat persedirian dari pelbagai sektor seperti pertanian, kredit consumer, hartanah, pengeluaran, infrastruktur, peruncitan, komunikasi, dan minyak dan gas, dan lain-lain.

Margin : Sehingga 80% keperluan modal kerja.

Tempoh : Maksimum 10 tahun.

Fi dan Caj

Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Fi Wakalah Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30
Duti Setem 0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949.
Yuran Penyelesaian Awal Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru
Perdagangan Komoditi RM15 akan dicajkan bagi setiap RM1 Juta (50:50 berasaskan perkongsian). Transaksi minimum ialah RM1,000

Dokumen Diperlukan

Pembiayaan Berjangka-i

  • Maklumat lengkap tujuan pembiayaan.
  • Laporan jurunilai hartanah yang akan dijadikan jaminan (jika berkenaan).
  • Aliran tunai dan unjuran keuntungan/kerugian projek.