Produk Perniagaan

Pembiayaan Mikro-i / Pembiayaan Mikro-i MUsK
 
Helaian pendedahan produk
Maklumat Produk
Skim Pembiayaan Mikro-i MUsk direka khas bagi menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan masing-masing.

Ciri-ciri pembiayaan

  • Pembiayaan terus kepada anggota koperasi/Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil.
  • Menjalankan mikro enterpris.
  • Dikehendaki menyertai Kumpulan Bantu Diri (KBD)*.
  • Kadar keuntungan 12.56 % pada kadar rata.
  • Konsep Syariah : Tawarruq

*KBD ialah kumpulan individu yang terdiri daripada 5 hingga 10 orang.

Jenis Perniagaan

Pembiayaan ditawarkan kepada anggota koperasi/Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil yang menceburi perniagaan berikut:

  • Perniagaan borong dan runcit.
  • Perkilangan.
  • Perkhidmatan.
  • Sektor lain yang diiktiraf oleh Bank Rakyat.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Anggota koperasi/Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil.
  • Pemilik tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Menetap di kawasan operasi perniagaan.
  • Ahli-ahli KBD yang mempunyai rekod pembiayaan yang baik (tunggakan tidak melebihi 4 minggu).

Had Pembiayaan

RM 1,000 - RM 50,000

Cara Bayaran

  • Potongan Akaun Simpanan.
  • Mesin ATM/CDM.

Kadar Keuntungan

12.56%

Fi dan Caj

Caj Dan Perkhidmatan Bagi Individu
Transaksi Caj
Caj Ganti Rugi (Ta'widh): Ketika tempoh pembiayaan:
1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak.

Selepas tamat tempoh pembiayaan
Berdasarkan Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas baki prinsipal tertunggak
Fi Wakalah atau Agensi Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30.

Helaian Pendedahan Produk

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat