Produk

Simpanan-i & Deposit-i / Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah
Akaun khusus yang memudahkan perancangan Ibadah Umrah anda.
  • Konsep Syariah yang digunapakai ialah Qard adalah bersamaan dengan deposit simpanan di bawah jaminan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia sebagai pemegang amanah.

Nota: Qard sama konsep seperti Akaun Simpanan-i sedia ada.

  • Minimum deposit bagi pembukaan akaun ialah RM10
  • Kemudahan Kad Debit (Combo Card) untuk pengeluaran wang di ATM Bank Rakyat atau mana-mana ATM berlogo MEPS / BANKCARD di seluruh negara
  • Kemudahan perbankan internet i-Rakyat
  • Simpanan tanpa buku
  • Perseorangan;
  • Berumur 13 tahun dan ke atas;
  • Beragama Islam.
  • Buka Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah.
  • Lakukan deposit ke Akaun Simpanan-i untuk Ibadah Umrah.
  • Pastikan jumlah mencukupi untuk melakukan Ibadah Umrah.
  • Langgani pakej Umrah dengan pengendali Umrah yang berpengalaman dan boleh dipercayai.
  • Laksanakan Ibadah Umrah mengikut perancangan.
PERKHIDMATAN TRANSAKSI CAJ
Kad Debit Yuran permohonan RM8.00*
Yuran tahunan kad RM8.00*
Kad gantian Hilang/kecurian RM12.00*
Kad/Cip Rosak Percuma
Penyata Akaun Setiap permohonan RM10.00
Penutupan Akaun Kurang 3 bulan daripada tarikh pembukaan akaun* RM10.00
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 November 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat