Perbankan Runcit

Simpanan-i & Deposit-i / Akaun Simpanan-i
Akaun Simpanan-i Bank Rakyat adalah saluran selamat untuk anda menyimpan wang berlandaskan kontrak Wadi`ah Yad Dhamanah dan wang anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Konsep

Wadi`ah Yad Dhamanah

Jenis Akaun

Terdapat 3 jenis akaun simpanan:

DEWASA
  • Terbuka kepada semua pelanggan berumur 12 tahun dan ke atas
  • Boleh dibuka dengan atau tanpa buku simpanan
  • Akaun boleh dibuka tanpa deposit dan akan diaktifkan selepas deposit dimasukkan.
REMAJA
  • Terbuka kepada remaja berumur antara 15 dan 21 tahun
NURI
  • Terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Akaun dikendalikan oleh ibu / bapa / penjaga yang sah atau ahli keluarga terdekat sebagai pemegang amanah
  • Berpeluang menjadi ahli Kelab Nuri
  • Pengeluaran hanya sekali sebulan

Ciri Produk

  • Minimum deposit bagi pembukaan akaun ialah RM10
  • Kemudahan  Kad Rakyat (Kad ATM)
    • Melakukan pengeluaran wang di ATM Bank Rakyat atau mana-mana ATM berlogo MEPS / BANKCARD di seluruh negara
    • Melakukan pindahan wang dan pembayaran bil setempat melalui ATM  dan kaunter.
  • Kemudahan perbankan internet i-Rakyat

Kelayakan

  • Warganegara dan bukan warganegara

Syarat Pembukaan Akaun

  • Bagi warganegara
    • Akaun individu
    • Individu bersama
    • Persatuan dan kelab (ditubuhkan dan didaftar di Malaysia)
    • Jawatankuasa masjid / surau (ditubuhkan dan didaftar di Malaysia)
    • Koperasi (ditubuhkan dan didaftar di Malaysia)
    • Syarikat:
      • Mempunyai pembiayaan di Bank Rakyat
      • Membuat kerja kontrak dengan Bank Rakyat
      • Mempunyai kerjasama dengan Bank Rakyat
      • Anak Syarikat Bank Rakyat
  • Bagi bukan warganegara:
    • Akaun individu

Dokumen Yang Diperlukan

WARGANEGARA
  • Bagi individu:
    • Kad Pengenalan
    • Jika berumur bawah 18 tahun, perlukan dokumen tambahan:
      • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga
      • Sijil kelahiran
  • Bagi persatuan / pertubuhan / koperasi / syarikat:
    • Resolusi / keputusan / cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah / Jawatankuasa / Agong Tahunan yang merangkumi perkara berikut:
      • Kebenaran membuka akaun simpanan
      • Nama, nombor kad pengenalan dan jawatan penandatangan berkuasa
      • Nama dan nombor kad pengenalan wakil yang berurusan dengan Bank
      • Sijil pendaftaran
      • Salinan kad pengenalan penandatangan berkuasa dan wakil
      • Kad spesimen yang telah ditandatangani oleh penandatangan berkuasa dan cop persatuan / pertubuhan
BUKAN WARGANEGARA
  • Bagi penduduk tetap:
    • Kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  • Bagi yang bekerja:
    • Pasport
    • Permit kerja
    • Surat pengesahan syarikat (majikan)
  • Bagi yang belajar:
    • Pasport
    • Pas pelajar
    • Kad matrik
    • Surat pengesahan Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Fi dan Caj

PERKHIDMATAN TRANSAKSI CAJ
Kad Rakyat (Kad ATM) Yuran permohonan RM 8.00*
Yuran tahunan kad RM 8.00*
Kad gantian RM 8.00
Buku simpanan Buku baru akibat hilang* RM16.00
Buku baru akibat rosak RM5.00
Penyata akaun Setiap permohonan RM10.60
Penutupan akaun Kurang 3 bulan daripada tarikh pembukaan akaun* RM10.00

Nota: *6% GST ditanggung oleh Bank Rakyat.

Caj yang dinyatakan adalah termasuk 6% GST sekiranya ada.

Kehilangan Buku Akaun Simpanan-i: Pelanggan dikehendaki mengisi Borang Laporan kehilangan buku simpanan dan Surat Pengakuan Kehilangan/Kerosakan Akaun Simpanan yang telah dimatikan setem terlebih dahulu. Pelanggan boleh membuat laporan kehilangan buku simpanan dan penutupan akaun di mana-mana cawangan yang berhampiran

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami di talian  1-300-80-5454

Tertakluk kepada terma dan syarat