Produk

Saluran / Sistem Web Autopay Bank Rakyat
Sistem pengkreditan gaji/elaun/dividen/bonus/bayaran pembiayaan secara auto. Sistem Web Autopay membolehkan pihak majikan melaksanakan proses muatnaik data terus tanpa perlu menghantar disket ke cawangan. 
  • Autopay Gaji/Elaun/Dividen/Bonus/Pengeluaran Pembiayaan
    • Pemegang Akaun Simpanan-i Bank Rakyat 
  • Autopay Pembiayaan (PGM/Bestari)
    • Pemegang akaun pembiayaan Bank Rakyat 
  • Autopay Interbank Giro (Auto IBG) – Gaji/Elaun/Dividen/Bonus (Dalam Pembangunan) 
    • Selain Akaun Simpanan-i Bank Rakyat
  • Sistem web Autopay menggunakan ID, kata laluan dan token.
  • Butir-butir data pengkreditan dijamin selamat (data di ‘encrypt').
  • Laman Web Sistem Web Autopay mempunyai keselamatan ‘Secure Sockets Layer' (SSL Certificate), di mana ‘certificate' ini berfungsi untuk mengelakkan sebarang gangguan semasa majikan menggunakan sistem web autopay.
  • Tarikh pengkreditan yang fleksibel.
  • Tiada caj tambahan dikenakan ke atas majikan/kakitangan yang menggunakan Sistem Web Autopay kecuali Autopay IBG.
  • Laporan transaksi ‘success' dan ‘reject' disediakan untuk rujukan majikan.
  • Majikan dapat memantau ‘batch' yang telah dihantar ke cawangan.
  • Data yang diterima daripada majikan diposting berasaskan no kad pengenalan dan no akaun pelanggan .
  • Masa yang diambil untuk posting data singkat sebagai contoh 5000 akaun boleh diposting dalam masa setengah (1/2) jam sahaja.
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat