Produk

Saluran / Bank Bergerak
Ini adalah salah satu khidmat sosial Bank Rakyat dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan perbankan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar. Menerusi perkhidmatan Bank Bergerak, pelanggan kami dapat melakukan urusan perbankan dengan melawat kenderaan khas yang disediakan Bank di lokasi dan pada masa yang telah ditetapkan. Pelanggan juga akan dapat mengetahui mengenai produk dan perkhidmatan terkini kami ketika mengunjungi Bank Bergerak ini.
  • Pembukaan dan deposit akaun simpanan/pelaburan
  • Pengeluaran tunai
  • Pindahan wang
  • Bayaran balik pembiayaan
  • Bayaran bil setempat
  • Perkhidmatan Tabung Haji​
  • Memberi akses perbankan yang mudah kepada pelanggan Bank di kawasan yang jauh dari cawangan
  • Menyalurkan maklumat produk dan perkhidmatan Bank
  • Membekalkan dan menerima borang permohonan pembiayaan serta kad kredit
  • 10.00 pagi - 3.00 petang
  • Bank Bergerak beroperasi di lokasi berikut:
 
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
HARI LOKASI
Selasa Pusat Komersial Komuniti, Bandar Tun Razak
Rabu Pusat Komuniti, Bandar Baru Sentul
Khamis Kawasan Parking, Ong Tai Kim Gombak
DUNGUN, TERENGGANU
HARI LOKASI
Isnin Stesen Minyak Caltex, Kerteh 3
Selasa Hentian Bas Ketengah Jaya
Rabu R&R Bukit Besi
Khamis Dewan Sivik, Felda Jerangau
TEMERLOH, PAHANG
HARI LOKASI
Isnin Tapak Kedai, Felda Jenderak Utara
Selasa Tapak Kedai, Felda Bukit Damar
Rabu Bangunan Koperasi, Felda Sebertak
Khamis Wisma JKKK, Felda Bukit Mendi
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat