Produk

Saluran / 1Pay
  • 1PAY merupakan tranformasi instrumen pembayaran elektronik secara internet yang pertama seumpamanya di Malaysia dan diberikan secara percuma kepada semua pemegang Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) Bank Rakyat bagi membolehkan mereka melakukan pembayaran secara Tunai atau Pindahan Dana secara elektronik sepenuhnya. 
  • 1PAY membolehkan pemegang Akaun Semasa-i Elektronik (eCA-i) Bank Rakyat melakukan pembayaran secara Tunai atau Pindahan Dana dan menikmati  fungsi asas Cek Fizikal seperti boleh ditunaikan, bayaran kehadapan "Post Dated" dan instrumen pembayaran yang boleh dibuktikan secara elektronik sepenuhnya.  
  • 1PAY adalah inovasi terbaru pembayaran secara internet yang menepati citarasa pelanggan Individu dan Bukan Individu serta memenuhi kehendak masyarakat perniagaan melalui ciri-ciri unik yang pertama seumpamanya di Malaysia.
  • Dengan 1PAY, urusan perbankan Pembayar (Payer) dipermudahkan dari pengurusan akaun, semakan status "Float", bayaran secara Tunai ,Pindahan Dana hingga privasi maklumat perbankan dengan cara yang lebih Kos Efektif, Selamat dan Pantas.
  • Dengan 1PAY, kehendak perbankan Penerima (Payee) dirpenuhi dengan bukti pembayaran yang praktikal, notifikasi yang efisien, semakan butiran pembayaran, pengkreditan secara automatik dan penunaian bayaran yang fleksibel dimana-mana cawangan Bank Rakyat. 
  • Dengan IPAY, potensi direalisasikan dengan Kos diminimumkan dan Pendapatan dimaksimumkan.
Perkhidmatan Fungsi
Fungsi Pindahan Dana/ Pembayaran Pindahan dana intrabank dan interbank (menggunakan IBG dan Rentas) tanpa limitasi sempadan dan waktu.
Pembayaran Tunai dalam talian (Online Cash Payment) Membolehkan pelanggan (Payer) melakukan pembayaran/ pemindahan dana kepada penerima (Payee) secara tunai di kaunter. Penerima bayaran boleh menunaikan pembayaran di mana-mana cawangan Bank Rakyat seluruh negara.
Belian Cek Membenarkan transaksi  belian cek dilakukan secara dalam talian oleh pelanggan manakala pengutipan cek mengikut mana-mana cawangan yang dikehendaki.
Pengurusan Akaun  Membantu pengurusan akaun seperti pengemaskinian akaun, penyesuaian akaun (reconciliation), semakan ringkasan akaun, laporan transaksi dan lain-lain secara real time dan terkini.
Fungsi Maker/Authoriser Mewujudkan fungsi Pembuat (maker) untuk memudahkan kemasukan transaksi ke dalam sistem dan dan fungsi Pelulus (checker) untuk semakan dan kelulusan.
Bil Perkara Deskripsi
1 Pembayaran Dijamin (Guaranteed Payment) 

Pilihan 1:

  • Bagi Pembayaran yang mempunyai Tarikh Kuatkuasa Pembayaran yang tidak melebihi 3 hari dari Tarikh Sah Arahan Pembayaran diluluskan oleh Penandatangan Berkuasa. 
  • Sistem akan melaksanakan ‘auto earmark' ke atas Akaun Pembayar mulai dari Tarikh Sah Arahan Pembayaran diluluskan.
  • Akaun Pembayar hanya akan didebitkan pada Tarikh Kuatkuasa Pembayaran (Pengkreditan Akaun Penerima) atau Tarikh Tuntutan Pembayaran (Tunai Di Kaunter).

# Nota:  Tarikh Tuntutan Pembayaran (Tunai Di Kaunter) mesti tidak melebihi 6 bulan dari Tarikh Kuatkuasa Pembayaran.

Pilihan 2:

  • Bagi Pembayaran yang mempunyai Tarikh Kuatkuasa Pembayaran melebihi 3 hari dari Tarikh Sah Arahan Pembayaran diluluskan oleh Penandatangan Berkuasa.  
  • Sistem akan melaksanakan ‘auto earmark' ke atas Akaun Pembayar mulai dari Tarikh Sah Arahan Pembayaran diluluskan oleh Penandatangan Berkuasa.
  • Akaun Pembayar hanya akan didebitkan pada Tarikh Kuatkuasa Pembayaran (Pengkreditan Akaun Penerima) atau Tarikh Tuntutan Pembayaran (Tunai Di Kaunter).

# Nota:  Tarikh Tuntutan Pembayaran (Tunai Di Kaunter) mesti tidak melebihi 6 bulan dari Tarikh Kuatkuasa Pembayaran.

2 Pembayaran Biasa
(Normal Payment)
  • Bagi Tarikh Kuatkuasa Pembayaran yang melebihi 3 hari dari Tarikh Sah Arahan Pembayaran diluluskan oleh Penandatangan Berkuasa. 
  • Sistem akan membenarkan arahan Pembayaran dibuat walaupun baki akaun Pembayar tidak mencukupi sama seperti amalan penggunaan cek konvensional.
  • Akaun Pembayar hanya akan didebitkan pada Tarikh Kuatkuasa Pembayaran (Pengkreditan Akaun Penerima) atau Tarikh Tuntutan Pembayaran (Tunai Di Kaunter). 

# Nota:  Tarikh Tuntutan Pembayaran (Tunai Di Kaunter) mesti tidak melebihi 6 bulan dari Tarikh Kuatkuasa Pembayaran.

3

Permohonan Permbayaran terjamin (Earmark Request oleh penerima)

  • Penerima Bayaran (Payee) juga diberi kemudahan untuk memohon jaminan (earmark request) bayaran/pindahan dana dari Pembayar tetapi tertakluk kepada persetujuan/kelulusan Pembayar. 
  • Notifikasi akan diberikan kepada Pembayar & Penerima.
4

Arahan Pemberhentian Bayaran (Stop Payment)

  • Arahan pemberhentian bayaran (Stop Payment function) boleh dilaksanakan secara dalam talian secara serta merta (Real Time).
  • Notifikasi akan diberikan kepada Pembayar & Penerima.
5

Pembayaran masa hadapan (Future Payment/PDC)

  • Fungsi pembayaran bagi tarikh masa hadapan yang menyamai fungsi Post Dated Cheque (PDC).
6

Bukti & Butiran Pembayaran

  • Pembayaran boleh dibuktikan secara automatik melalui kata laluan khas pembayaran yang diberikan kepada Penerima Bayaran melalui SMS/emel dari Bank Rakyat.
  • Penerima Bayaran boleh menyemak butiran pembayaran menerusi menu 1PAY di laman sesawang Bank Rakyat walaupun Penerima Bayaran bukan pelanggan Bank Rakyat.
7

Notifikasi kepada penerima dan pembayar

  • Pembayaran boleh dibuktikan secara automatik/pantas melalui notifikasi/mesej samaada melalui SMS/emel kepada Penerima mahupun Pembayar.

Mesej 

  • Makluman Pembayaran "Dibuat" 
✓Email / SMS
  • Makluman Tindakan "Kelulusan"
✓Email / SMS
  • Makluman  Kelulusan "Di Tolak"
✓Email / SMS
  • Makluman Pembayaran "Berjaya"
✓Email / SMS
  • Makluman Tarikh Matang
✓Email / SMS
  • Makluman permintaan untuk "Earmark" dari penerima.
✓Email / SMS
  • Makluman tentang "Payment Stopped"
✓Email / SMS
  • Makluman Tuntutan /Pengkreditan Bayaran "Berjaya"
✓Email / SMS
  • Makluman Tuntutan /Pengkreditan Bayaran "Tidak Berjaya"
✓Email / SMS

 

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat