Produk

Perancangan Kewangan / Wasiat
  • Pemberian hak yang boleh dilaksanakan dan berkuatkuasa selepas berlakunya kematian orang yang membuat wasiat.
  • Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999: iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.
  • Mempercepatkan proses pentadbiran pusaka oleh badan profesional.
  • Mengurangkan pertikaian/pertelingkahan waris (waris-waris menghormati amanat pewasiat).
  • Wasi (pentadbir) telah ditentukan dan dilantik sebelum kematian.
  • Pembahagian ditentukan sendiri oleh pewasiat seperti kehendaknya.
  • Harta terpelihara (tidak terjual/tergadai selama mana di bawah Pentadbiran ARB).
  • Memberi sebahagian hartanya kepada orang-orang yang dicintainya tetapi bukan di kalangan warisnya (ibubapa, anak, adik-beradik angkat/berlainan agama dan sebagainya).
  • Untuk amal jariah selepas kematian. 3 perkara yang memberi manfaat selepas kematian seseorang:
    • Doa anak-anak soleh
    • Ilmu yang dimanfaatkan
    • Pahala daripada amal jariah
  • Faraid adalah bahagian-bahagian yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak bagi ahli warisnya (Surat An-Nisa' ayat 11, 12 dan 176)
  • Wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang boleh dilaksanakan (berkuatkuasa) selepas berlakunya kematian orang yang membuat wasiat

Jika merujuk nas dan pendapat utama Mazhab Shafie, wasiat hukumnya Harus.  Ia adalah amalan yang digalakkan dalam hal kebajikan dan dibolehkan kerana ia membawa faedah kepada pewasiat (pahala), kaum keluarganya dan masyarakat amnya:

  • Kepada waris terhalang
    (contoh: ibubapa, anak, adik-beradik angkat/berlainan agama dan sebagainya) agar mereka menerima manfaat daripada harta pusaka pewasiat.
  • Kepada waris sendiri
    di mana ada tujuan murni mengapa pewasiat ingin menyerahkan harta pusakanya kepada anak-anaknya sendiri supaya kebajikan mereka lebih terjamin.
  • Kepada masyarakat
    untuk pembangunan sosial seperti kepada anak yatim, fakir miskin, ilmuwan, sekolah, masjid, perpustakaan, hospital dan sebagainya.
  • Memudahkan urusan – di semua cawangan Bank Rakyat seluruh Malaysia
  • Mampu milik – Hanya RM500 (Wasiat Muslim dan bukan Muslim)
  • Umur kelayakan 18 tahun dan ke atas
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat