Produk

Perancangan Kewangan / Unit Amanah
  • Perancangan pelaburan adalah strategi yang menggariskan matlamat yang mahu dicapai dan kesesuaian sesuatu pelaburan bagi mencapai matlamat berkenaan.  Ia menjadi landasan dalam membuat keputusan berhubung sesuatu pelaburan.  Jumlah pelaburan juga bergantung kepada aliran tunai/aset seseorang, pengalaman pelabur, toleransi terhadap risiko dan matlamat kewangan setiap pelabur.
  • Hanya dana-dana patuh syariah (Islamic Funds) yang terbaik di pasaran
  • Pemilihan pelaburan berdasarkan toleransi risiko individu
  • Khidmat nasihat PERCUMA oleh Eksekutif Penasihat Kewangan
  • Unit amanah adalah kolektif kolektif yang membolehkan pelabur berlainan mengumpulkan dan menggambungkan wang mereka dalam dana tunggal dan risiko pelaburan disebarkan merentasi pelbagai instrumen pelaburan.
  • Pelabur unit amanah juga mendapat manfaat daripada pengurusan dana yang professional serta mengurangkan kos urus niaga mereka.
  • Objektif pelaburan unit amanah: melabur bagi pendapatan atau pertumbuhan melalui syarikat-syarikat kecil atau besar, dan di kawasan-kawasan geografi yang berbeza.
  • Unit amanah adalah satu bentuk pelaburan di mana pelaburan dilakukan untuk saham-saham syarikat, hartanah, komoditi dan sebagainya. 
  • Nilai unit pelaburan bergantung kepada harga unit-unit dasar dan pencapaian unit dana yang dipilih berdasarkan strategi pelaburan peserta seperti harga saham/unit amanah, dan lain-lain.
  • Ekuiti – pelaburan di pasaran saham.
  • Bon – pelaburan di pasaran bon terbitan Kerajaan/Syarikat Awam.
  • Tunai – sejumlah besar atau secara berkala dengan jumlah pelaburan yang tetap.
  • KWSP – secara berkala, mengikut umur dan syarat-syarat KWSP
  • AM Investment Services Bhd – 10 dana
  • CIMB-Principal Asset Management Bhd – 10 dana
  • Eastspring Investments – 6 dana
  • Amanah Mutual Berhad – 4 dana
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat