Produk

Perancangan Kewangan / Takaful Amani Plus
  • Pelan ini diperkenalkan secara eksklusif untuk pelanggan-pelanggan Bank Rakyat di mana ianya menyediakan jaminan kewangan terhadap kematian / hilang upaya akibat semula jadi dan juga kerugian akibat kemalangan diri setiap masa dan di mana-mana sahaja seluruh dunia.
  • Kematian / hilang upaya akibat semula jadi merujuk kepada yang diakibatkan oleh penyakit atau bukan diakibatkan oleh kemalangan tertakluk kepada pengecualian.
  • Kerugian akibat kemalangan merujuk kepada pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh keganasan, kemalangan,musibah luar kawalan dan bencana. Musibah mestilah disebabkan semata-mata oleh kemalangan, tertakluk kepada pengecualian.
  • Pelindungan 24 jam seluruh dunia
  • Serendah RM0.25 sen sehari
  • Manfaat takaful dibayar sekali gus sehingga RM154,500
  • Tiga pilihan pelan yang komprehensif
  • Perlindungan menyeluruh akibat semula jadi dan kemalangan
  • Penyertaan mudah di semua cawangan Bank Rakyat
  • Pembaharuan secara automatik (pemegang akaun Bank Rakyat)
  • Skim takaful ini terbuka kepada pelanggan Bank Rakyat yang berumur dari 6 hingga 59 tahun
  • Warganegara Malaysia.
  • Perlindungan akibat kemalangan bagi kakitangan beruniform (Polis, Tentera, Bomba dan seumpamanya) atau pekerjaan Kelas 4 (terlibat dalam kerja manual yang berat, merbahaya dan melibatkan jentera/mesin berat) hanya berkuatkuasa di luar waktu bertugas.
  • Produk ini tidak melindungi kejadian yang berpunca dari bunuh diri, virus AIDS, dan kecacatan, kecederaan atau penyakit yang sedia wujud.
  • Bagi peserta bukan Islam, manfaat Badal Haji akan dibayar sebagai tambahan kepada manfaat Perbelanjaan Pengkebumian.
MANFAAT TAKAFUL PELAN A (RM) PELAN B (RM) PELAN C (RM)
Kematian / Hilang Keupayaan Kekal akibat kemalangan 150,000 100,000 50,000
Kematian / Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal akibat semula jadi 30,000 20,000 10,000
Penyakit Kritikal (manfaat dipercepatkan) 15,000 10,000 5,000
Perbelanjaan Perubatan akibat kemalangan 3,000 2,000 1,000
Perbelanjaan Pengkebumian akibat kemalangan/semula jadi 3,000 2,000 1,000
Badal Haji (jika akibat kemalangan/semula jadi) 1,500 1,500 1,500
Fi Ambulan akibat kemalangan 600 400 200
Elaun Hospital akibat kemalangan
(sehari sehingga 30 hari, tertakluk kepada kemasukan ke wad minimum selama 2 hari)
150 100 50
Sumbangan Takaful Tahunan  249.00 168.00 86.00

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat