Produk

Perancangan Kewangan / Takaful Amani Didik

Takaful Amani Didik adalah pelan perlindungan berasaskan caruman berkala bertujuan menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak peserta dan pada masa yang sama menyediakan manfaat akibat kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum tamatnya tempoh kematangan sijil takaful berkenaan.

  • Takaful Amani Didik menawarkan manfaat kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) sehingga had maksimum RM150,000
  • Sumbangan takaful bergantung kepada tempoh perlindungan, umur kemasukan dan amaun perlindungan.
  • Dana pelaburan peserta adalah berlandaskan konsep Syariah
  • Pendaftaran secara automatik sebagai ahli Kelab Nuri Bank Rakyat
  • Sumbangan takaful untuk pelan ini akan memberikan pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Penyertaan mudah dan mampu dimiliki dengan sumbangan bulanan boleh dibuat melalui potongan akaun simpanan, kad kredit dan perbankan internet.
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia.
  • Boleh didapati hanya di cawangan-cawangan Bank Rakyat (Sila rujuk Panduan Perkhidmatan)
  • Perkhidmatan disokong oleh Takaful Ikhlas Berhad, sebuah Syarikat di bawah Permodalan Nasional Berhad.
Terbuka untuk:
  • Rakyat Malaysia
  • Kanak-kanak yang dilindungi oleh skim ini hendaklah berumur 30 hari sehingga 12 tahun manakala pemegang sijil hendaklah berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  • Dibawah sijil takaful ini, kanak-kanak adalah orang yang dilindungi oleh sijil takaful, manakala ibu bapa/ penjaga adalah peserta (pemegang sijil)
  • Manfaat kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) terhadap orang yang dilindungi sehingga RM150,000.
  • Manfaat ketika kematangan sijil, semua dana terkumpul di dalam dana peserta termasuk pendapatan pelaburan dan lebihan dana risiko (jika ada) akan dibayar apabila sijil mencapai kematangan.
  • Manfaat berikutan serahan  sebelum kematangan sijil, semua dana terkumpul di dalam dana peserta termasuk pendapatan pelaburan dan lebihan dana risiko (jika ada) akan dibayar tertakluk kepada yuran Pentadbiran RM50.
  • Anugerah kecemerlangan akademik untuk UPSR, PT3,SPM, STPM dan STAM
  • Pengeluaran tunai dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 November 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat