Produk

Perancangan Kewangan / Takaful Amani
  • Takaful Amani adalah skim perlindungan takaful yang memberikan pampasan kewangan kepada peserta apabila berlaku kematian atau keilatan kekal anggota badan kerana kecederaan yang berpunca daripada kemalangan semata-mata.
  • Skim ini menawarkan perlindungan terbaik pada bayaran serendah RM0.14 sen sehari, bergantung kepada pilihan pelan sedia ada.
  • Pelan mampu milik yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PELAN A B C
Sumbangan Tahunan RM159 RM106 RM53

  • Penyertaan yang mudah dan ringkas serta tidak membebankan peserta.
  • Sumbangan tahunan yang sama untuk lelaki dan wanita.
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia.
  • Bayaran melalui tunai/kad kredit/cek
  • Boleh didapati hanya di cawangan-cawangan Bank Rakyat.
  • Skim takaful ini terbuka kepada pelanggan Bank Rakyat yang berumur antara 18 hingga 64 tahun.
  • Kepada mereka yang berumur antara 65 hingga 69 tahun, kelayakan tertakluk kepada penilaian mengikut setiap kes.
  • Perlindungan ini juga meliputi kakitangan beruniform (polis, tentera, bomba dan seumpama dengannya) kecuali semasa dalam tugasan yang berkaitan.
    ​Peserta di kalangan kakitangan beruniform (polis, tentera, bomba dan seumpama dengannya) layak menyertai Pelan B atau C sahaja.
BUTIRAN/KETERANGAN MANFAAT PILIHAN PELAN
A B C
Manfaat atas kemalangan (RM)
Kematian & keilatan kekal 150,000 100,000 50,000
Badal Haji 1,500 1,500 1,500
Elaun Hospital (sehingga 30 hari, tertakluk kepada kemasukan ke wad selama 2 hari berturut-turut 150 100 50
Perbelanjaan Rawatan (sekali dan aggregat) 3,000 2,000 1,000
Fi Ambulan (sekali dan aggregat) 600 400 200
Perbelanjaan Pengkebumian 3,000 2,000 1,000
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 September 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat