Produk Peribadi

Pembiayaan-i / Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i (An Naqlu 1)
Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i Bank Rakyat menawarkan skim bayaran ansuran yang fleksibel dan berpatutan apabila membeli kereta baru buatan tempatan dan bukan tempatan yang terdapat di pasaran.
  • Al-Ijarah Thumma Al-Bai` (“AITAB”)
  • Margin maksimum adalah 90% daripada harga jualan atau invois
  • Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun
  • Had pembiayaan adalah terbuka dan tertakluk pada keupayaan pelanggan membayar ansuran bulanan
  • Pembiayaan adalah untuk semua kenderaan Nasional dan bukan Nasional, penumpang dan persendirian baharu dan terpakai/reconditioned belum daftar.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur persaraan semasa tamat tempoh pembiayaan. Sekiranya umur pelanggan melebihi 56 tahun hingga 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Terbuka kepada warga kerja sektor awam dan swasta berpendapatan tetap yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Gaji bulanan minimum ialah RM1,500

Sila hubungi cawangan terdekat kami untuk maklumat.

  • Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
  • Potongan Gaji Majikan (PGM)
  • Bayaran secara elektronik
  • Pindahan Gaji
  • 1 Salinan MyKad
  • 1 Salinan Lesen Memandu
  • 1 Salinan 3 bulan Slip Gaji terkini
  • Penyata Transaksi Akaun
  • Salinan Surat Pengesahan Majikan
PERKARA CAJ
Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i
  • RM10.00

Anda dinasihatkan untuk mengambil perlindungan motor daripada mana-mana syarikat takaful.

Pembiayaan Sewa Beli-i Pesara

  • RM10.00

Nota: Perlindungan Takaful (DTT) adalah wajib dari syarikat takaful.

Jika pelanggan cenderung untuk mengambil perlindungan insurans, kos sumbangan/premium perlu ditanggung oleh pelanggan

Duti Setem RM10
Pengeluaran surat kepada JPJ bagi perubahan no. enjin kenderaan, pertukaran no. pendaftaran kenderaan, kad pendaftaran pendua dsb. RM15.00 setiap dokumen (termasuk 0% GST)
Pengeluaran surat kepada pihak berkuasa bagi pindahan kenderaan ke Malaysia Timur dan sebaliknya. RM15.00 setiap dokumen (termasuk 0% GST)
Yuran Penyelesaian Awal Tiada
Caj Pembarayan Lewat Tiada

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat