Produk

Pembiayaan-i / Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
Ketenangan fikiran dengan Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang kami.

APA itu Penyatuan Hutang?

Mempunyai banyak pembiayaan yang berbeza, bayaran pada masa yang berlainan untuk jumlah yang berbeza dan kepada pelbagai pihak boleh membuatkan anda tertekan. Akan tetapi, dengan Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang anda hanya perlu memohon satu pembiayaan untuk membayar pembiayaan yang lain.

Manfaat yang anda akan peroleh ialah:

  • Penumpuan pada satu ansuran sahaja
  • Kadar keuntungan serendah 3.19% setahun
  • Peralihan daripada pembiayaan konvensional kepada syariah

Tips berguna untuk Penyatuan Hutang Bank Rakyat

Memohon pembiayaan adalah satu keputusan yang penting, oleh itu kami telah menyediakan panduan untuk membantu anda membuat keputusan dengan tiga langkah mudah iaitu :

1. Senaraikan semua pembiayaan anda.
​​Dapatkan baki pembiayaan, kadar keuntungan yang dikenakan dan ansuran bulanan untuk pembiayaan yang anda ingin jelaskan atau satukan.

2. Kira kelayakan pembiayaan anda
Anda boleh mendapatkan anggaran kelayakkan pembiayaan dengan mengunjungi cawangan Bank Rakyat berhampiran atau menghubungi Pusat Panggilan kami di talian 1 300 80 5454.

3. Mohon pembiayaan
Setelah semua maklumat telah diperoleh, anda mempunyai pilihan untuk mengemukakan permohonan pembiayaan seperti berikut:
a. Dalam talian melalui www.irakyat.com.my atau Apply Now di www.bankrakyat.com.my
b. Hubungi pusat panggilan kami di talian 1 300 80 5454.
c. Hadir ke cawangan berhampiran.

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 November 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat