Pembiayaan Kenderaan-i Bank Rakyat menawarkan skim bayaran ansuran yang fleksibel dan berpatutan apabila membeli kereta baru buatan tempatan dan bukan tempatan yang terdapat di pasaran.
- Tawarruq
- Margin maksimum adalah 100% daripada harga jualan atau invois
- Tempoh pembiayaan sehingga 9 tahun
- Had pembiayaan adalah terbuka dan tertakluk pada keupayaan pelanggan membayar ansuran bulanan
- Pembiayaan adalah untuk semua kenderaan penumpang dan persendirian baharu.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
- Terbuka kepada warga kerja sektor awam dan GLC berpendapatan tetap.
Sila hubungi cawangan terdekat kami untuk maklumat.
- Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)
- Potongan Gaji Majikan (PGM)
- Bayaran Secara Tunai dan Elektronik (Hanya untuk warga kerja sektor awam & GLC, gaji minimum RM3500)
- 1 Salinan MyKad
- 1 Salinan Lesen Memandu
- 1 Salinan 3 bulan Slip Gaji terkini
- Penyata Transaksi Akaun
- Salinan Surat Pengesahan Majikan
Perkara | Caj |
---|---|
Pembiayaan Kenderaan-i | Ad Valorem |
Yuran guaman perjanjian | RM212.00 – RM265.00 |
Duti Setem | 0.5% daripada jumlah pembiayaan sepertimana Akta Duti Setem 1949 (Pindaan 1989). |
Fi Wakalah | RM28.30 (termasuk Yuran Broker) |
Pengeluaran surat kepada JPJ bagi perubahan no. enjin kenderaan, pertukaran no. pendaftaran kenderaan, kad pendaftaran pendua dsb. | RM15.00 setiap dokumen |
Pengeluaran surat kepada pihak berkuasa bagi pindahan kenderaan ke Malaysia Timur dan sebaliknya. | RM15.00 setiap dokumen |
Yuran Penyelesaian Awal | Rebat (Ibra') akan diberikan ke atas keuntungan tertangguh / belum terakru |
Caj ganti rugi (Ta`widh) kerana bayaran lewat |
Ketika tempoh pembiayaan : 1% setahun ke atas jumlah bayaran bulanan tertunggak Selepas tamat tempoh pembiayaan : Tidak melebihi kadar semalaman semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam ke atas baki tertunggak. |
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 April 2019 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.*Tertakluk kepada terma dan syarat