Produk

Pembiayaan-i / Panduan Pengguna bagi Kadar Rujukan

1. Apakah Kadar Asas (KA)?

KA yang ditawarkan untuk produk ini adalah berdasarkan kepada Penanda Aras Kos Dana (Marginal Cost of Fund). Penanda Aras Kos Dana tersebut akan mencerminkan kos untuk mendapatkan dana baharu dan kadar rujukan 3-bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR).

2. Apakah senario yang boleh menyebabkan perubahan Kadar Asas?

KA boleh berubah apabila berlakunya perubahan dalam Penanda Aras Kos Dana (COF). Perubahan Penanda Aras Kos Dana akan berlaku sekiranya terdapat perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Polisi Monetari, Bank Negara Malaysia, serta faktor-faktor lain seperti keadaan pasaran pendanaan.

3. Penanda aras Kos Dana rujukan

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat