Produk

Pembiayaan-i / Pajak Gadai-i Az-Zahab
Skim lanjutan kepada Ar-Rahnu, Az-Zahab juga menawarkan kewangan segera. Kemudahan ini menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.
  • Qard (pinjaman tanpa faedah)
  • Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Ujrah (upah simpan)
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap
  • Tidak muflis
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bebas dari unsur riba'
  • Tiada yuran proses
  • Kadar upah simpan dikira secara harian
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas
  • Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian yang berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
  • Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
  • Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
    • Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
    • Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
    • Berat tidak melebihi 300 gram
  • Maksimum margin pinjaman sehingga 80% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun) dan jumlah pinjaman sehingga RM100,000.
KATEGORI PELANGGAN HAD PINJAMAN (RM)

Pelanggan baru/pelanggan sedia ada yang tidak mempunyai akaun Pajak Gadai-i

65% atas nilai marhun atau minimum RM10,001.00 dan maksimum RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.

Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Pajak Gadai-i yang aktif atau jelas tanpa mengambil kira tempoh berlalu

Sehingga 80% atas nilai marhun atau minimum RM10,001.00 dan maksimum RM 100,000.00 bagi setiap gadaian.


Cara Bayaran Balik Temph Gadaian

Ansuran

3 tahun

Sekali gus

6 bulan


  • Tempoh maksimum lanjutan gadaian tidak melebihi tempoh 18 bulan daripada tarikh gadaian.
  • Secara ansuran bulanan untuk semua tempoh.
  • Secara ansuran bulanan atau sekaligus untuk tempoh enam bulan ke bawah.
  • Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
  • Kadar upah simpan adalah seperti berikut :
PRODUK HAD PINJAMAN (RM) MARGIN PINJAMAN KADAR UPAH SIMPAN BAGI SETIAP RM100.00 ATAS NILAI MARHUN SEBULAN (RM)

Az-Zahab

> 10,000.00-
100,000.00

65% 0.75
70% 0.85
  • Formula pengiraan upah simpan bagi Az-Zahab adalah sama seperti pengiraan upah simpan Ar-Rahnu.
  • Formula pengiraan ansuran bulanan bagi Az-Zahab: a = (b + c) / 12
    • Ansuran bulanan = a
    • Jumlah pinjaman = b
    • Jumlah upah simpan = c
  • Contoh Pengiraan Upah Simpan Az-Zahab Ansuran:
    • Nilai barang kemas (nilai marhun): RM 10,000.00
    • Jumlah Pinjaman: RM 6,500.00 (65 % atas nilai marhun)
    • Tempoh: 12 bulan
    • Kadar Upah Simpan: RM0.75
PAJAK GADAI-i AZ-ZAHAB ANSURAN

10,000 x 0.75 / 100 x 12 x 365 / 365 = RM720.00

Upah Simpan = RM900.00

Jumlah Ansuran = RM6,500.00 + RM900.00 / 12

Jumlah Ansuran = RM616.67

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 September 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat