Produk

Pembiayaan-i / Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Genius
Produk ini menggunakan konsep upah simpan bulanan. Pelanggan membayar upah simpan pada setiap bulan mengikut jumlah yang ditetapkan sepanjang tempoh pembiayaan. Pinjaman tunai segera sehingga RM50,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip syariah.
  • Qard (pinjaman tanpa faedah)
  • Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Ujrah (upah simpan)
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia

  • Pemastautin tetap

  • Tidak muflis

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Pengeluaran boleh dibuat dimana-mana ATM dan transaksi tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa
  • Bayaran boleh dibuat dimana-mana CDM dan transaksi tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa
  • ​Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
  • Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
  • Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
    • Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
    • Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
    • Berat tidak melebihi 300 gram
  • Wajib membuka akaun simpanan khas di Bank Rakyat (selain akaun tabungan)
  • ​Maksimum margin pinjaman sehingga 80% dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Pelanggan dibenarkan memiliki lebih daripada satu akaun pinjaman/gadaian dalam satu masa.
  • Jumlah terkumpul pinjaman/gadaian tidak melebihi RM50,000.00 tidak termasuk pinjaman Ar-Rahnu dan Az-Zahab sedia ada.
KATEGORI PELANGGAN HAD PINJAMAN (RM)

Pelanggan baru/pelanggan sedia ada yang tidak mempunyai akaun Pajak Gadai-i

65% atas nilai marhun atau minimum RM3,000.00 dan maksimum RM50,000.00 bagi setiap gadaian.

Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Pajak Gadai-i yang aktif atau jelas tanpa mengambil kira tempoh berlalu

Sehingga 80% atas nilai marhun atau minimum RM3,000.00 dan maksimum RM50,000.00 bagi setiap gadaian.


  • Tempoh pinjaman adalah maksimum 3 tahun.
  • Maksimum 3 tahun
  • Bayaran balik dibuat melalui Potongan Akaun Simpanan-i Ar-Rahnu (GENiUS) seperti yang berikut :
    • Upah simpan dibayar secara bulanan sebelum/pada tarikh matang upah simpan.
    • Jumlah pinjaman dibayar pada akhir tempoh pinjaman.
  • Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
  • Kadar upah simpan adalah seperti berikut :
    PRODUK HAD PINJAMAN (RM) MARGIN PINJAMAN KADAR UPAH SIMPAN BAGI SETIAP RM100.00 ATAS NILAI MARHUN SEBULAN (RM)

    Ar-Rahnu Genius

    3,000.00 – 50,000.00

    65% 0.75
    70% 0.85
    • Formula pengiraan upah simpan bagi Genius: a = b x c/100 x 12 x d/365
      • Upah simpan = a
      • Nilai marhun = b
      • Kadar upah simpan = c
      • Tempoh gadaian = d
    • Pengiraan Upah Simpan Pajak Gadai-i Genius adalah seperti dibawah:
      • Nilai barang kemas (nilai marhun): RM 10,000.00
      • Jumlah Pinjaman: RM 6,500.00 (65 % atas nilai marhun)
      • Tempoh: 36 bulan
      • Kadar Upah Simpan: RM0.75
    PAJAK GADAI-i GENIUS

    10,000 x 0.75 / 100 x 12 x 365 / 365 = RM900.00

    Upah Simpan = RM900.00 x 3 tahun

    = RM2,700

    Jumlah upah simpan ansuran = RM2,700 / 36 bulan

    = RM75

  • Pengeluaran pinjaman akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan khas yang dibuka
Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 September 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat