Produk

Pembiayaan-i / Pajak Gadai-i Ar-Rahnu
Pajak Gadai-i Ar-Rahnu menawarkan pinjaman tunai segera dan mudah sehingga RM50,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip Syariah.
  • Qard (pinjaman tanpa faedah)
  • Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Ujrah (upah simpan)
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap
  • Tidak muflis
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bebas dari unsur riba'
  • Tiada yuran proses
  • Kadar upah simpan dikira secara harian
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas
  • Semua barangan kemas/emas KECUALI barang gadaian yang berbentuk patung keagamaan atau makhluk hidup
  • Jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas dengan SYARAT mempunyai Resit Pembelian atau Sijil Ketulenan
  • Barangan emas dihadiahkan oleh majikan kepada pekerja dalam perkhidmatan dengan syarat:
    • Pekerja mengemukakan dokumen Sijil Penghargaan
    • Mutu emas antara 22 hingga 24 karat
    • Berat tidak melebihi 300 gram
  • Maksimum margin pinjaman sehingga 80% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
  • Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul.
KATEGORI PELANGGAN HAD PINJAMAN (RM)

Pelanggan baru/pelanggan sedia ada yang tidak mempunyai akaun Pajak Gadai-i

65% atas nilai marhun atau minimum RM1.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.

Pelanggan sedia ada yang mempunyai akaun Pajak Gadai-i yang aktif atau jelas tanpa mengambil kira tempoh berlalu

Sehingga 80% atas nilai marhun atau minimum RM1.00 dan maksimum RM 10,000.00 bagi setiap gadaian.


  • Tempoh gadaian adalah 6 bulan
  • Tempoh maksimum lanjutan gadaian tidak melebihi tempoh 18 bulan daripada tarikh gadaian
  • Secara sekaligus atau berperingkat-peringkat.
  • Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
  • Kadar upah simpan adalah seperti berikut
PRODUK HAD PINJAMAN (RM) MARGIN PINJAMAN KADAR UPAH SIMPAN BAGI SETIAP RM100.00 ATAS NILAI MARHUN SEBULAN (RM)
Ar-Rahnu Sehingga RM1,000.00 65% 0.65
70% 0.75
> 1,001.00 - 10,000,00 65% 0.75
70% 0.85
  • Formula pengiraan upah simpan bagi Ar-Rahnu: a = b x c/100 x 12 x d/365
    • Upah simpan = a
    • Nilai marhun = b
    • Kadar upah simpan = c
    • Tempoh gadaian = d
  • Pengiraan Upah Simpan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadaian Konvensional adalah seperti dibawah:
    • Nilai barang kemas (nilai marhun): RM1,000
    • Jumlah Pinjaman : RM650
    • Tempoh: 6 bulan/180 hari
    • Kadar upah simpan: RM0.65
PAJAK GADAI-i AR-RAHNU PAJAK GADAI KONVENSIONAL

1,000 x 0.65 / 100 x 12 x 180 / 365 = RM38.47

Upah Simpan = RM38.47

Jumlah Penebusan = RM650.00 + RM38.47

Jumlah Penebusan = RM688.47

650 x 2% x 6 = RM78.00

Upah Simpan = RM78.00

Jumlah Penebusan = RM650.00 + RM78.00

Jumlah Penebusan = 728.00

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat