Produk

Kemudahan Pelanggan / Rakyat Xclusive - Soalan Lazim

1. Apakah itu Perkhidmatan Rakyat Xclusive

Perkhidmatan yang memberi layanan istimewa/eksklusif kepada pelanggan-pelanggan ‘high net worth' Bank Rakyat.

2. Bilakah waktu operasi Pusat Rakyat Xclusive?

Isnin – Khamis 9:00am-5:00pm
Jumaat 9:00am-12:30pm
2:30pm-5:00pm
Sabtu & Ahad dan Cuti Umum  

3. Apakah syarat kelayakan untuk menjadi ahli Rakyat Xclusive?

  • Pelanggan Akaun Simpanan-i (Individu atau Bersama) Min.RM 300,000.00 atau

  • Pelanggan Akaun Deposit-i Berjangka (Individu atau Bersama) Min.RM 300,000.00 atau

  • Kombinasi pelanggan Akaun Simpanan-i dan Saham Keanggotaan (Individu atau Bersama) Min. RM300,000.00 atau

  • Kombinasi Pelanggan Akaun Deposit-i Berjangka dan Saham Keanggotaan (Individu atau Bersama) Min.RM300,000.00 atau

  • Pelanggan Akaun Pembiayaan Perumahan-i Manzili Min.RM 1,000,000.00.

4. Apakah keistimewaan Perkhidmatan Rakyat Xclusive?

Memberi layanan yang eksklusif, selesa dan efisien untuk pelanggan

5. Apakah perhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Rakyat Xclusive?

  • Kad keahlian Rakyat Xclusive secara percuma.

  • Layak memiliki Kad Kredit-i Rakyat Xclusive MasterCard mengikut terma & syarat.

  • Kemudahan melakukan transaksi perbankan di Pusat Rakyat Xclusive dengan Kaunter yang selesa dan efisyen.

  • Kemudahan melakukan transaksi perbankan menerusi talian telefon dan dikendalikan oleh Eksekutif Perhubungan Pelanggan (CRE) yang terlatih.

  • Kemudahan Bilik Mesyuarat / Perbincangan eksklusif.

  • Mendapat maklumat terkini mengenai Produk / Perkhidmatan Bank.

  • Perkhidmatan ‘Door To Door Service' seperti penghantaran resit / slip dan kutipan cek.

  • Kemudahan Parkir percuma di Menara Kembar Bank Rakyat

6. Apakah kelebihan lain yang ditawarkan oleh Pusat Rakyat Xclusive ?

  • Akses ke ‘Serambi Ilmu Rakyat' dengan yuran yang minima

  • Beriadah di Arena Kardio dengan yuran yang minima.

  • Baucer Pakej Pemeriksaan Kesihatan di Poliklinik terpilih.

  • Nikmati Diskaun untuk sukan lasak Ekstrem.

  • Harga Istimewa di Taman Sari Spa & Produk Mustika Ratu

  • Harga Istimewa Pakej Percutian & Pengangkutan oleh Rakyat Travel

  • Potongan Harga Istimewa oleh RMS Gold

  • Diskaun Pembelian Barangan Penjagaan Enjin Kenderaan dari Max Power Revolution

  • ​Diskaun Pakej Rawatan Spa & Produk Kecantikan di Tanamera Spa

7. Di manakah letaknya Pusat Rakyat Xclusive?

Pusat Rakyat Xclusive beralamat seperti berikut:

RAKYAT XCLUSIVE CENTRE

Aras 6, Menara 1
Menara Kembar Bank Rakyat
No.33 , Jalan Rakyat
50470 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2617 3800 / Fax : 03-2264 7218

8. Apakah Kaunter Rakyat Xclusive di Cawangan?

Kaunter Rakyat Xclusive diwujudkan untuk memberikan kelebihan perkhidmatan yang mudah, eksklusif, selesa dan efisien kepada ahli Rakyat Xclusive yang mengunjungi cawangan Bank Rakyat untuk melakukan transaksi perbankan.

9. Apakah keistimewaan Kaunter Rakyat Xclusive di Cawangan?

Keistimewaan Kaunter Rakyat Xclusive ialah dengan tiket yang khusus dan ahli Rakyat Xclusive akan dilayan terus di kaunter khas tanpa perlu menunggu giliran.

10. Apakah perbezaan antara Rakyat Xclusive Centre dan Kaunter Rakyat Xclusive?

Rakyat Xclusive Centre terletak di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR) dan mempunyai ruang khas menunggu untuk di layan dan urusniaga perbankan dilakukan oleh Eksekutif Perhubungan Pelanggan yang terlatih. Manakala Kaunter Rakyat Xclusive pula hanya terdapat di Cawangan Bank Rakyat yang terpilih dan mempunyai kaunter khusus untuk melakukan urusniaga perbankan.

11. Apakah pengenalan diri untuk ahli Rakyat Xclusive?

Ahli Rakyat Xclusive akan menerima kad dengan nombor keahlian. Untuk Rakyat Xclusive MasterCard, Ahli perlu memohon mengikut terma & syarat

12. Adakah yuran akan dikenakan untuk menjadi ahli Rakyat Xclusive ?

Yuran keahlian tidak akan dikenakan kepada ahli Rakyat Xclusive.

13. Bolehkah ahli Rakyat Xclusive menerima layanan istemewa di cawangan-cawangan Bank Rakyat (BUKAN Cawangan Kaunter Rakyat Xclusive)

Ahli Rakyat Xclusive akan menerima layanan perbankan istimewa di semua cawangan Bank Rakyat (BUKAN Cawangan Kaunter Rakyat Xclusive) dengan menujukkan kad keahlian Rakyat Xclusive kepada wargakerja Bank Rakyat

14. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rakyat Xclusive ?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan di Rakyat Xclusive, sila hubungi Pusat Panggilan Rakyat Xclusive di talian 03-26173800.

15. Suasana Perbankan Eksklusif di Rakyat Xclusive Center

i. Pintu Masuk

ii. Penyambut Tetamu

iii. Kaunter Operasi

iv. Bilik Perbincangan

v. Ruang Siber

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat