Produk

Kemudahan Pelanggan / Rakyat Xclusive
1. Apakah Perkhidmatan Rakyat Xclusive?

Perkhidmatan Rakyat Xclusive ini diwujudkan di Bank Rakyat sebagai salah satu langkah bagi Bank Rakyat untuk bersama-sama dengan rakan-rakan Bank yang lain dalam menyediakan perkhidmatan yang setara dan sepertimana amalan pasaran.

Penyediaan perkhidmatan Rakyat Xclusive adalah sebagai satu saluran perbankan yang disediakan kepada pelanggan-pelanggan ‘high net worth'. Perkhidmatan ini disediakan sebagai apresiasi Bank kepada pendeposit-pendeposit yang telah/akan mendeposit di Bank Rakyat dan memenuhi kriteria yang tetapkan. Untuk maklumat lanjut dan persoalan mengenai perkhidmatan Rakyat Xclusive boleh dirujuk kepada Soalan Lazim yang disediakan.

2. Siapakah Yang Layak Menjadi Ahli Rakyat Xclusive ?

Syarat kelayakkan menjadi ahli Rakyat Xclusive adalah seperti berikut :

  • Pelanggan Akaun Simpanan-i (Individu atau Bersama) minima RM300,000 atau
  • Pelanggan Akaun Deposit-i Berjangka (Individu atau Bersama) minima RM300,000 atau
  • Kombinasi pelanggan Akaun Simpanan-i dan Saham Keanggotaan (Individu atau Bersama) minima RM300,000 atau
  • Kombinasi Pelanggan Akaun Deposit-i Berjangka dan Saham Keanggotaan (Individu atau Bersama) minima RM300,000 atau
  • Pelanggan Akaun Pembiayaan Perumahan-i Manzili minima RM1 juta.
3. Dimana Perkhidmatan Rakyat Xclusive Disediakan?

Perkhidmatan ini disediakan dilokasi seperti berikut.

Pusat Rakyat Xclusive
Aras 6, Menara 1
Menara Kembar Bank Rakyat
No. 33, Jalan Rakyat
50470 Kuala Lumpur
Tel : 03-2617 3800 | Fax : 03-2264 7218

Cawangan - Cawangan kaunter Rakyat Xclusive seperti berikut :

Cawangan Jalan Tangsi Cawangan GLO Damansara
Cawangan Jalan Pinang Cawangan Bandar Baru Klang
Cawangan Seksyen 14, Petaling Jaya Cawangan Bangsar Baru
Cawangan Kajang Cawangan Kelana Jaya
Cawangan Melawati Cawangan PJ State
Cawangan Puchong Cawangan Shah Alam
Cawangan USJ, Subang Jaya Cawangan Bandar Tun Razak
Cawangan Kepong Cawangan Selayang
Cawangan Georgetown Cawangan Jelutong
Cawangan Mergong Cawangan Kangar
Cawangan Johor Bahru Cawangan Medan Gopeng
Cawangan Taman Universiti Cawangan Taiping
Cawangan Muar Cawangan Melaka
Cawangan Kota Kinabalu Cawangan Seremban
Cawangan Kuala Terengganu Cawangan Lukut
Cawangan Kemaman Cawangan Kota Bharu
Cawangan Kubang Kerian Cawangan Kuantan
Cawangan Sibu Cawangan Simpang Tiga
4. Apakah Kelebihan Menjadi Ahli Rakyat Xclusive?

Perkhidmatan dan manfaat yang diberikan kepada ahli Rakyat Xclusive adalah :

  • Kad keahlian Rakyat Xclusive secara percuma.

  • Layak memiliki Kad Kredit-i Rakyat Xclusive MasterCard mengikut terma & syarat.

  • Kemudahan melakukan transaksi perbankan di Pusat Rakyat Xclusive dengan Kaunter yang selesa dan efisyen.

  • Kemudahan melakukan transaksi perbankan menerusi talian telefon dan dikendalikan oleh Eksekutif Perhubungan Pelanggan (CRE) yang terlatih.

  • Kemudahan Bilik Mesyuarat / Perbincangan eksklusif.

  • Mendapat maklumat terkini mengenai Produk / Perkhidmatan Bank.

  • Perkhidmatan ‘Door To Door Service' seperti penghantaran resit / slip dan kutipan cek.

  • Kemudahan Parkir percuma di Menara Kembar Bank Rakyat.

Kelebihan-kelebihan lain yang diberikan kepada ahli Rakyat Xclusive adalah :

  • Akses ke ‘Serambi Ilmu Rakyat' dengan yuran yang minima

  • Beriadah di Arena Kardio dengan yuran yang minima.

  • Baucer Pakej Pemeriksaan Kesihatan di Poliklinik terpilih.

  • Nikmati Diskaun untuk sukan lasak Ekstrem.

  • Harga Istimewa di Taman Sari Spa & Produk Mustika Ratu

  • Harga Istimewa Pakej Percutian & Pengangkutan oleh Rakyat Travel

  • Potongan Harga Istimewa oleh RMS Gold

  • Diskaun Pembelian Barangan Penjagaan Enjin Kenderaan dari Max Power Revolution

  • Diskaun Pakej Rawatan Spa & Produk Kecantikan di Tanamera Spa

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berurusan terus di Pusat Rakyat Xclusive.

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 November 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat