Produk

Kemudahan Pelanggan / Ejen Bank (Rakyat Care) - Soalan Lazim
1. Bagaimana boleh saya semak bahawa ejen yang saya kunjungi adalah Ejen Bank Berdaftar (EBB) Bank Rakyat/Rakyat CARE Bank Rakyat?
  • Anda boleh membuat semakan melalui :
    • Laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my
    • Menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
    • Bertanya di mana-mana Cawangan Bank Rakyat
    • Melalui papan tanda EBB Bank Rakyat di luar premis perniagaan ejen
    • Melalui sijil ejen berdaftar Bank Rakyat
2. Apakah perkhidmatan/transaksi yang ditawarkan oleh Rakyat CARE Bank Rakyat?
  • Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:
Bil Pelanggan Bank Rakyat/ Pemegang Kad ATM Bank Rakyat Bukan Pelanggan Bank Rakyat/Bukan Pemegang Kad ATM Bank Rakyat
1. Pembayaran bil Pembayaran bil
2. Deposit Deposit tunai ke akaun Bank Rakyat
3. Pengeluaran wang Bayaran balik pinjaman
4. Pindahan wang intrabank  
5. Bayaran balik pinjaman  
3. Bagaimana boleh saya bertanya atau membuat aduan berkenaan Rakyat CARE Bank Rakyat?
  • Sebarang pertanyaan atau aduan boleh diajukan dengan
    • Mengunjungi mana-mana Cawangan Bank Rakyat terdekat atau;
    • Menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat :
      Tel : 1-300-80-5454
      Email : telerakyat@bankrakyat.com.my
      Alamat : Bank Rakyat
      Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat
      No. 33, Jalan Travers
      50470 Kuala Lumpur
4. Di manakah boleh saya rujuk bagi mendapatkan lokasi Rakyat CARE Bank Rakyat yang berhampiran?
  • Sila dapatkan informasi lokasi ejen melalui:
    • Laman sesawang Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my
    • Membuat pertanyaan di mana-mana Cawangan Bank Rakyat
    • Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
5. Adakah terdapat had bilangan dan amaun transaksi yang ditetapkan bagi setiap pelanggan?
  Limit transaksi/pelanggan  
Jenis-jenis transaksi Jumlah minimum RM Jumlah maksimum RM
Deposit 10 2000
Pengeluaran wang 10 500
Pembayaran bil setempat Tiada 500
Pindahan wang intrabank:     
Akaun sendiri 10 2000
Akaun pihak ke-3 10 2000
Bayaran balik pembiayaan  Tiada 2000
6. Adakah terdapat caj yang dikenakan untuk setiap transaksi?
  • Tiada.
7. Apakah yang perlu saya lakukan, sekiranya berlaku ketidakjujuran/kecuaian oleh ejen?
  • Anda boleh:
    • Laporkan aduan di Cawangan Bank Rakyat berhampiran
    • Membuat laporan dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
8. Bagaimana boleh saya ketahui transaksi yang dilaksanakan berjaya?
  • Terdapat resit transaksi bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan secara masa nyata.
9. Bolehkah saya membuka akaun melalui Rakyat Care Bank Rakyat?
  • Tidak. Pembukaan akaun hanya boleh dilakukan di Cawangan Bank Rakyat sahaja.
10. Bolehkah saya membuat pindahan tunai ke bank lain melalui Rakyat CARE Bank Rakyat?
  • Tidak, buat masa sekarang.
11. Bolehkah saya membuat pengeluaran tunai bagi pihak orang lain?
  • Tidak. Transaksi hanya boleh dilaksanakan menggunakan cap jari pemegang MyKAD tersebut sebagai pengesahan.
12. Bolehkan saya membuat transaksi pembayaran bil bagi pihak orang lain?
  • Ya, transaksi berkenaan boleh dilakukan mengunakan tunai atau kad ATM Bank Rakyat anda sahaja. Kad ATM bank lain adalah tidak dibenarkan.
13. Apakah yang perlu dibawa bersama semasa melakukan transaksi perbankan?
  • Sila rujuk jadual di bawah:
Bil  Perkhidmatan/Transaksi Yang Ditawarkan  Bawa Bersama 
1.  Simpanan  Kad ATM atau tunai 
2.  Pengeluaran  Kad ATM dan MyKad 
3.  Pembayaran bil  Kad ATM atau tunai 
4.  Pindahan wang intrabank Kad ATM atau tunai 
5.  Bayaran balik pinjaman  Kad ATM 
14.Adakah selamat untuk saya melakukan transaksi melalui Rakyat CARE Bank Rakyat? Apakah tindakan Bank Rakyat sekiranya ejen tersebut menyalahgunakan simpanan yang saya lakukan?
  • Ya, transaksi anda adalah selamat. Kesemua transaksi yang dilakukan adalah secara masa nyata (real time) menggunakan terminal dan talian yang selamat (secured line). Sekiranya ejen menyalahgunakan simpanan anda, ejen akan dikenakan tindakan tatatertib dan seterusnya ditamatkan dari menjadi ejen Bank Rakyat.
15. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat ejen palsu yang datang kepada orang awam menawarkan transaksi simpanan?
  • Anda boleh:
    • Membuat laporan di Cawangan Bank Rakyat berhampiran atau;
    • Membuat laporan dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-88-1BANK (12265)
16. Bolehkah ejen datang ke rumah untuk membuat transaksi?
  • Tidak. Bank Rakyat tidak membenarkan POS terminal dibawa keluar dari premis ejen. Transaksi hanya dibenarkan di dalam premis perniagaan ejen sahaja.
17. Apakah waktu operasi Rakyat CARE Bank Rakyat?
  • Waktu operasi bermula dari 8.00 pagi sehingga 9.30 malam, 7 hari seminggu. Walaubagaimanapun waktu operasi bergantung kepada waktu perniagaan Rakyat CARE Bank Rakyat.
18. Bolehkah buku akaun dikemaskini melalui Rakyat CARE Bank Rakyat ?
  • Tidak, kemaskini buku akaun hanya boleh dilakukan di Cawangan Bank Rakyat sahaja.


Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif sehingga 31 Mei 2018. Berikutan pelaksanaan GST berkadar sifar (0%) mulai 1 Jun 2018, kadar, fi dan caj akan dikemaskini pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

*Tertakluk kepada terma dan syarat