Produk

Kad Debit-i / Kad Debit-i
 
Terma & syarat
Helaian pendedahan produk
Kad Debit-i Bank Rakyat boleh digunakan untuk transaksi runcit di semua premis pedagang dan juga untuk pengeluaran wang tunai di institusi kewangan yang menerima transaksi MasterCard di seluruh dunia. Ia juga merupakan alternatif bagi wang tunai dan cek.
Ijarah Khadamat
  • Tiada pendapatan minimum diperlukan
  • Kad Debit-i Bank Rakyat boleh diperoleh pada hari yang sama permohonan diproses
  • Diterima di semua kaunter pedagang yang menyertai MasterCard di seluruh dunia
  • Ianya sama seperti Kad Kredit-i - boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi internet dan pengeluaran wang tunai di ATM tempatan dan luar negara.
  • Had penggunaan kad harian yang tinggi (gabungan transaksi runcit dan transaksi tunai), sehingga RM10,000 atau jumlah baki yang boleh digunakan dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah.
  • Pengeluaran wang tunai harian terhad kepada RM3,000 atau maksimum RM5,000 * setiap hari.
Nota:
  • Sebarang transaksi dengan kaunter pedagang yang menawarkan produk / perkhidmatan tidak halal adalah tidak dibenarkan
  • Transaksi Luar Negara dan Pembelian Online
  • Untuk tujuan keselamatan, sila maklumkan kepada Pusat Kad Bank Rakyat di talian 03-26936880 sebelum anda menggunakan kad untuk sebarang transaksi di luar negara dan/atau pembelian secara online melalui internet
  • Pelanggan perlu memiliki / membuka Akaun Simpanan-i
  • Umur 18 tahun ke atas
  • Permohonan baharu dan penggantian bagi Kad Debit-i Bank Rakyat boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Rakyat.
  • Baki minimum untuk membuka / memohon kad bergantung kepada baki minimum untuk membuka Akaun Simpanan-i / Akaun Semasa-i (e-CAi)
TRANSAKSI CAJ
Yuran Tahunan
  • Tiada yuran tahunan untuk tahun pertama
  • RM8.00 untuk tahun kedua dan seterusnya, sehingga tarikh luput kad. Yuran ini akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun kad, bermula dari tahun kedua.
Yuran Keahlian Tiada
Yuran Proses Permohonan Tiada
Yuran Perkhidmatan Pengeluaran Tunai
  • Di ATM Bank Rakyat – Tiada
  • Di ATM dan kaunter bank tempatan yang lain - RM1.00 *
  • Di ATM dan kaunter bank luar negara yang lain - RM12.00 *
Caj Penggantian Kad RM12.00
Pertukaran perniagaan luar negara (% daripada jumlah penggunaan) 1.25% daripada jumlah penggunaan.  
Caj Salinan Deraf Jualan
  • RM5.30 untuk setiap permintaan ke atas salinan deraf jualan
  • RM15.90 untuk setiap permintaan ke atas salinan asal deraf jualan.
Caj Salinan Penyata Transaksi RM5.30
Pertanyaan baki di ATM bank lain RM0

PERKARA HAD TRANSAKSI
Baki akaun simpanan Minimum RM10
Pertukaran perniagaan luar negara (% daripada jumlah penggunaan) 1.25% daripada jumlah penggunaan
Had harian penggunaan kad RM10,000 atau jumlah baki dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah
Pengeluaran daripada mesin ATM RM3,000 atau maksimum RM5,000 sehari
Had pengeluaran daripada mesin ATM untuk setiap transaksi Maksimum RM1,500
Pembelian runcit Maksimum RM10,000 sehari atau jumlah baki dalam Akaun Simpanan-i, yang mana lebih rendah

Kadar, fi dan caj yang dipaparkan adalah efektif mulai 1 November 2018 berikutan pelaksanaan SST berkadar 6% mulai 1 September 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.
*Tertakluk kepada terma dan syarat