Info Korporat

Info Korporat / Sekilas Pandang

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM99.22 bilion berakhir Disember 2016.

Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, kami telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.74 bilion.

Kami terus mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan yang pelbagai serta inovatif. Ia meliputi perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan pelaburan serta produk perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan pelbagai spektrum pelanggan masa kini.

Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda.

Kami telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan berkaitan industri mahupun sebagai sebuah organisasi baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Lihat anugerah dan pengiktirafan kami di sini.

Sebagai sebuah entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kami komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.

Sehingga kini, kami mempunyai 147 cawangan dengan lebih daripada 990 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 183 Ar-Rahnu X'Change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454(Bebas Tol) dan perbankan internet iRakyat di www.irakyat.com.my.