Info Korporat

Dasar Pemberitahuan Maklumat / Prosedur Dasar Pemberitahuan Maklumat Bank Rakyat

Mana-mana pekerja atau orang awam yang mempunyai pengetahuan atau menyedari adanya kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) yang dilakukan atau akan dilakukan di dalam BANK RAKYAT digalakkan untuk membuat pendedahan dengan mengikuti prosedur-prosedur yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Saluran Pelaporan

Pendedahan boleh dibuat ke saluran pelaporan berikut, dengan cara kerahsiaan yang ketat:-

whistle@bankrakyat.com.my

Pendedahan Identiti

Untuk membolehkan Syarikat memperuntukkan Pemberi Maklumat dengan perlindungan yang sewajarnya di bawah Dasar dan juga untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pendedahan tersebut, Pemberi Maklumat dikehendaki untuk mendedahkan maklumat peribadinya seperti berikut: -

i.   Nama:

ii.  No. Kad Pengenalan:

iii. Maklumat Perhubungan (Pejabat/Bimbit/Rumah)

Skop Pelaporan

Sebarang kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) termasuk tetapi TIDAK terhad kepada yang berikut:-

  • Penipuan
  • Rasuah
  • Penyalahgunaan Kuasa
  • Konflik Kepentingan
  • Kecurian atau Penggelapan
  • Penyalahgunaan Harta Syarikat
  • Ketidakpatuhan kepada Prosedur

Hanya kebimbangan sebenar harus didedahkan. Pemberi Maklumat bertanggungjawab untuk memastikan bahawa pendedahan dibuat dengan jujur dan bebas daripada sebarang niat jahat. Di samping itu, sebarang pendedahan yang didapati remeh atau menyusahkan tidak akan dilayan.

Sekiranya siasatan kemudiannya mendapati bahawa pendedahan dibuat dengan tujuan yang berniat jahat, tindakan yang bersesuaian boleh diambil terhadap Pemberi Maklumat.

Kandungan Pendedahan

Sebarang pendedahan yang dibuat di sini hendaklah mengandungi maklumat berikut:-

  • Butiran orang yang terlibat;
  • Butiran mengenai tuduhan;
  • Sifat tuduhan;
  • Di mana dan bila berlakunya dakwaan salah laku / kesalahan;
  • Maklumat lain yang berkaitan; dan
  • Sebarang bukti sokongan jika ada

Peruntukkan Perlindungan kepada Pemberi Maklumat

Seseorang Pemberi Maklumat akan diperuntukkan dengan perlindungan di bawah Dasar dengan syarat bahawa pendedahan dibuat dengan niat yang baik. Perlindungan sedemikian diperuntukkan walaupun siasatan kemudiannya mendedahkan bahawa Pemberi Maklumat tersebut keliru tentang fakta dan peraturan dan prosedur yang terlibat.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat boleh dibatalkan di bawah keadaan berikut, antara lain:-

  • Pemberi Maklumat berkelakuan tidak wajar;
  • Pemberi Maklumat dengan sengaja mendedahkan kenyataan palsu;
  • Pendedahan dibuat dengan niat jahat; atau
  • Pendedahan tersebut adalah remeh atau menyusahkan

Pemberitahuan Mengenai Hasil Pendedahan

Pemberi Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahannya.

Proses Membuat Pendedahan

Klik di sini untuk Soalan Lazim Pemberi Maklumat

Klik di sini untuk Dasar Pemberi Maklumat