Media

Press Release / BANK RAKYAT NAFI PERMOHONAN KADS1M TELAH DIBUKA

27 Feb 2018

Kuala Lumpur, Selasa, 27 Februari 2018 - Bank Rakyat menafikan notis yang tular di media sosial yang mendakwa permohonan KADS1M bagi tahun 2018 telah dibuka.

Notis tersebut adalah tidak tepat dan pelanggan dinasihatkan agar tidak terus berkongsi maklumat tersebut untuk mengelakkan kekeliruan kepada pelanggan lain.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk membuat pengesahan menerusi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau laman web rasmi Bank Rakyat sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan.