Media

Press Release / BANK RAKYAT ANJUR ANUGERAH DARI HATI KE HATI #ANAKKITA 2018 (No 2)

19 Feb 2018

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 FEBRUARI 2018 - Bank Rakyat akan menganjurkan Anugerah Dari Hati Ke Hati #Anakkita pada 2 April 2018, bersempena dengan Hari Autisme Sedunia.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menghargai individu, media, organisasi dan persatuan autisme yang sentiasa menyokong golongan autistik dalam memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap autisme melalui hasil kerja, program dan laporan berita.

Terdapat 11 kategori anugerah yang bakal dipertandingkan seperti Anugerah Ikon Autisme, Penyokong Autisme Individu Terbaik, Penyokong Autisme Pelajar Terbaik, Individu Autisme Terbaik (13-18 tahun), Individu Autisme Terbaik (18 tahun ke atas), Tanggungjawab Sosial Autisme Persatuan Terbaik, Tanggungjawab Sosial Autisme Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Terbaik, Tanggungjawab Sosial Autisme Organisasi Terbaik, Foto Autisme Terbaik dan Media Sosial Autisme Terbaik.

Turut dipertandingkan kategori untuk media yang sentiasa prihatin dan memberi sokongan dalam program autisme iaitu Anugerah Kewartawanan Autisme Terbaik terdiri daripada radio, akhbar dan televisyen.

Sehubungan dengan itu, Bank Rakyat menggalakkan individu, organisasi, media dan persatuan autisme yang berminat untuk menghantar penyertaan bermula 19 Februari 2018 hingga 9 Mac 2018.

Klik di sini untuk muat turun Borang Pencalonan (format .pdf)